Refleksi

Refleksi Mikro Pengajaran
Set Induksi
Pengenalan         
          Set iduksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran.Tujuan utama mengadakan set ini  ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar- pelajar supaya mereka akan menumpuhkan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.
          Terdapat beberapa cara yang  boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi atau permulaan pelajaran ini. Di antaranya ialah penggunaan alat bantu  mengajar , motivasi, teknik menyoal , mengulangkaji topik yang berkaitan , membimbing pelajar mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya.
          Bagaimanapun, oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk  membina aliran fikiran pelajar sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan , masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat , biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.
Kekuatan
          Guru telah menunjukkan beberapa gambar binatang seperti lembu, itik dan gajah kepada  murid  sebagai set induksi.  Murid berasa gembira dan seronok apabila melihat gambar – gambar tersebut.Ini dibuktikan dengan suara bising murid  iaitu menyebutkan nama binatng dengan kuat dan gembira apabila guru menunjukkan gambar binatang tersebut.Semua murid telah menumpuhkan perhatian terhadap pelajaran yang disampaikan. Kesan ini membolehkan  guru menjalankan aktiviti pengajaran dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini.

No comments:

Post a Comment